Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 10, 2014

No Comment

TOKYO - JEPUN. Lebih sejuta rakyat Jepun diarahkan meninggalkan kediaman masing-masing apabila taufan Halong dijangka melanda barat daya negara itu, lapor BBC.

Taufan Halong melanda kawasan berhampiran Aki, Kochi sekitar 6 pagi waktu tempatan, hari ini, kata Agensi Meteorologi Jepun.

Hujan lebat di wilayah Mie, barat Tokyo sudah pun berlaku sebelum dan ini boleh mencetuskan tanah runtuh atau banjir besar.

Sekurang-kurangnya seorang maut dan lebih 30 cedera, , lapor stesen siaran NHK.

Manakala 470 penerbangan sudah dibatalkan pada Sabtu berikutan kebimbangan taufan berkenaan manakala sekurang-kurangnya 143 lagi dilaporkan bakal dibatalkan, hari ini.

Taufan Halong mampu mencecah kelajuan angin sehingga 180 kilometer sejam dan dijangka bergerak perlahan-lahan ke kawasan utara timur. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment