Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, August 26, 2014


Akhirnya penantian peminat pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Al Yahya untuk melihat wajah anak sulung mereka termakbul. Menerusi laman sosialnya hari ini, Scha Al Yahya telah berkongsi lima gambar yang memaparkan wajah puteri kesayangannya.

Daripada foto-foto berkenaan, ada satu gambar yang jelas menunjukkan wajah anaknya. Walaupun gambar berkenaan agak jauh, namun rasanya ia mungkin boleh mengubat harapan peminat mereka untuk menatap wajah anak sulung pasangan ini.

Seperti yang kita maklum, nama yang didedahkan sebelum ini adalah Lara. Namun tidak dapat dipastikan nama penuh anak Scha dan Awal. Cuma yang menariknya, Scha ada tulis menulis caption ‘Hey Lara Lodin‘ di dalam salah satu gambar. Mungkinkah itu adalah nama penuh anak mereka? Itu masih tetap menjadi tanda tanya.

Berikut adalah foto Lara Lodin anak sulung Awal Ashaari dan Scha Al Yahya. Turut kelihatan dalam gambar berkenaan adalah pasangan selebriti Yusry (KRU) dan Lisa Surihani yang hadir berhari raya ke rumah Awal dan Scha. Mereka juga turut sama membuat sesi ‘bonding’ bersama Lara Lodin…





Ok, itu sahaja foto yang dikongsikan buat masa ini. Apapun, tahniah sekali lagi kepada Awal Ashaari dan Scha Al Yahya. Tidak lupa juga doa untuk Yusry dan Lisa, semoga mereka turut dimurahkan rezeki untuk menimang cahaya mata sendiri tidak lama lagi. Insya Allah…

p/s: Lara Lodin… bunyinya macam Lana Nordin… Cuma pelik sikit jer… Apapun itu pilihan Awal dan juga Scha… Hmmm… - ammboi.com

0 comments:

Post a Comment