Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, August 26, 2014

No Comment

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguh permohonan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk meletak jawatan sementara menunggu perlantikkan menteri besar yang baharu.

Berita itu telah dimaklumkan sendiri oleh Abdul Khalid kepada pemberita dalam sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Terdahulu, Abdul Khalid menyembah maklum untuk meletak jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor di Istana Bukit Kayangan kira-kira jam 2.20 di sini petang tadi.

Abdul Khalid berkata, beliau akur dengan pilihan menteri besar baharu yang akan diputuskan oleh Sultan Selangor kelak.

“Sebagaimana yang telah diperuntukkan di bawah Perkara L1, Perkara LIII (2) (a), (4) dan LV (2) (a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Duli Yang Mulia Sultan Selangor telah diperuntukkan dengan kuasa budi bicara mutlak di dalam pelantikan Menteri Besar bagi Kerajaan Negeri Selangor yang pada pendapat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri," ujarnya.

Tambah Abdul Khalid, Sultan Selangor turut bertitah agar Pakatan Rakyat (PR) mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar yang baharu.


"Sehubungan dengan itu, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah menitahkan agar setiap pemimpin Pas, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama daripada parti-parti dalam Pakatan Rakyat sebagai calon Menteri Besar Selangor bagi memudahkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor untuk menentukan calon yang berkelayakan dan seterusnya memberi perkenan untuk melantik mana-mana calon yang difikirkan layak sebagai menteri besar....."

Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid ketika ditanya mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), beliau berkata ; "tiada sebarang perbincangan dengan Sultan Selangor mengenai pembubaran Dewan Undangan.

Abdul Khalid sebelum ini ketika menghadap Sultan Selangor telah diperkenan untuk terus mentadbir negeri tersebut meskipun wujud desakan daripada pihak PR yang ingin melantik presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato' Sri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar baharu.

Abdul Khalid dipecat sebagai ahli PKR oleh Lembaga Disiplin PKR awal pada 9 Ogos dan menjadi Ahli Dewan Undangan (ADUN) Bebas atas alasan keengganan beliau untuk akur dengan perlantikan Wan Azizah sebagai menteri besar baharu. - Malaysian Digest

0 comments:

Post a Comment