Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, August 12, 2014

3 comments

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah menghantar surat kepada Sultan Selangor bagi memohon perkenan untuk memecat lima Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) PKR dan DAP kerana cuba untuk mengehadkan kuasa beliau sebagai Menteri Besar Selangor.

Abdul Khalid berkata, surat itu yang juga dihantar kepada semua EXCO berkenaan, tiga dari DAP dan dua dari PKR hari ini, berkuatkuasa serta-merta.
Bagaimanapun, Abdul Khalid memaklumkan bahawa beliau belum menulis surat kepada EXCO Kebajikan dan Hal ehwal Wanita, Dr Rodziah Ismail kerana berada di luar negaera.



“EXCO terbabit telah membuat beberapa kenyataan dan menandatangani surat supaya diadakan satu blok tujuannya untuk mengurangkan keberkesanan EXCO.

“Oleh itu, saya menulis surat kepada Sultan meminta supaya EXCO ini tidak meneruskan kerjanya dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor,” katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di sini, sebentar tadi.

Senarai exco dipecat

DATUK TENG CHANG KHIM
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian & Penyelidikan

RODZIAH ISMAIL
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Dan Hal Ehwal Wanita

EAN YONG HIAN WAH
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram

ELIZABETH WONG KEAT PING
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna Dan Alam Sekitar

DAROYAH ALWI
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi & Inovasi

GANABATIRAU VERAMAN
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin

3 comments:

  1. bagus ...tindakan yang bijak....berfikiran kritis n berpandangan jauh...elakkan bumi selangor dari ancaman RASUAH..ikuti cara pemerintahan Rasullalah S.A.W dan para sahabat .InsyaAllah yang baik Allah s.w.t akn bantu...amin..

    ReplyDelete
  2. Org yg benar x kan di hinakan Allah..!! semakin ia dikeji semakin gagah kedudukannya...resmi dunia skrg bila si anjing peliharaan kehabisan makanan(rasuah) pasti mereka kelaparan..tuannya yg dahulu bagi dia makan pasti akan cuba digigitnya..

    ReplyDelete
  3. Gila kuasa sangat Anwar ni..Elok je Tan Sri Khalid ni memerintah, nak jugak kacau daun..Selangor milik rakyat Selangor.. Orang luar boleh tengok sahaja ye..

    ReplyDelete