Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 15, 2014

No Comment
Alijah sembilan beranak tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah dijilat api dalam kejadian di Seri Bandi, pagi semalam.

KEMAMAN - “Mujurlah salah seorang anak saya terjaga dari tidur lepas rasa panas, kalau tak mungkin kami terperangkap,” kata seorang nenek, Alijah Ariffin, 65, yang nyaris rentung bersama dua anak dan enam cucu apabila rumah mereka di sini terbakar ketika mereka sedang nyenyak tidur, awal pagi semalam.

Kebakaran yang berlaku kira-kira jam 3 pagi itu mengakibatkan mereka tinggal sehelai sepinggang dan menanggung kerugian lebih RM50,000.

Alijah yang juga ibu tunggal berkata, biarpun hilang tempat berteduh namun dia bersyukur kerana mereka semua terselamat.

Katanya, anaknya, Mariam Hashim, 35, yang terlebih dahulu tersedar dari tidur sebelum mengejutkannya dan ahli keluarga lain.

“Lepas dikejutkan, kami bertempiaran keluar rumah tanpa sempat ambil barang berharga.

“Api marak terlalu cepat jadi kami tak dapat berbuat apa-apa melainkan hanya mampu menyelamatkan nyawa sendiri,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. ─ Sinar Online

0 comments:

Post a Comment