Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, August 18, 2014

No Comment

KLANG – Tindakan sekumpulan lelaki dan wanita menyembunyikan dadah disyaki ganja di bawah tilam hanya sia-sia apabila perbuatan mereka berjaya dihidu polis ketika serbuan polis ke sebuah hotel di Taman Bayu Perdana, di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam serbuan sekitar jam 12.35 pagi itu, mereka yang disyaki terlibat dalam aktiviti jual beli dadah itu bertindak menginap di hotel berkenaan bagi menyembunyikan aktiviti daripada pengetahuan pihak berkuasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan Goh Lee Fook berkata, kesemua mereka dikatakan baru tiba di hotel itu dipercayai untuk meneruskan aktiviti berkenaan.

“Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan untuk tindakan lanjut termasuk menjalani ujian saringan air kencing,” katanya.

Menurutnya, dua remaja lelaki turut ditahan selepas disyaki terlibat dalam aktiviti curi dan jual beli motosikal haram di salah sebuah pusat internet di Bandar Bukit Tinggi 2 di sini.

“Polis berjaya mengesan aktiviti mereka menerusi telefon bimbit milik salah seorang remaja berkenaan.

“Terdapat beberapa SMS antara remaja itu dengan pihak lain dan berkemungkinan mereka dalam usaha untuk mencuri motosikal di kawasan pusat internet itu,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan pengakuan, lelaki itu berada di bawah pengaruh dadah.

“Kedua-duanya yang sebelum itu berlegar-legar di kawasan pusat internet itu digari dan dibawa ke IPD untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita ketika serbuan menerusi Ops Cantas Khas Bersepadu Klang Selatan.

Menerusi Ops Cantas yang bermula jam 10.30 malam hingga jam 5.30 pagi itu, beberapa lokasi diserbu membabitkan tempat berkumpul penjenayah, pub dan hotel bajet.

Lee Fook berkata, polis turut menjejaki 182 orang yang dicari membabitkan pelbagai kes.

“Pemeriksaan yang dijalankan polis melibatkan seramai 98 orang.

“Sejumlah 14 orang termasuk seorang Pati ditahan kerana tiada dokumen pengenalan diri yang sah.

“Lapan daripadanya membabitkan kes dadah dan selebihnya lain-lain kes,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, sebanyak 54 kenderaan turut diperiksa membabitkan 45 motosikal, lapan kereta dan sebuah van.

“Sebanyak 17 daripadanya disaman kerana melanggar kesalahan trafik.

“Malah kita turut mengenakan saman ke atas sebuah pusat internet yang menjalankan operasi lebih masa,” katanya.

Tambahnya, ops ini bertujuan mendidik orang awam agar mematuhi undang-undang termasuk mencegah aktiviti jenayah di kawasan Klang Selatan. – Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment