Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, August 28, 2014

No Comment

Kuala Lumpur: “Yelah...memang (bercinta) dengan dia, cuma tak nak kecoh-kecoh sangat,” jelas pelakon komedi Sharifah Sakinah yang mendedahkan sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang juruterbang dikenali sebagai Aliff.

Sakinah atau nama penuhnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 25, berkata, dia terpaksa membuka mulut apabila hubungan dirahsiakan sejak awal tahun ini mula menimbulkan spekulasi kebelakangan ini.

“Saya malas nak kecoh-kecoh sebab dia tak suka sangat. Tapi, sekarang orang dah mula bercakap, terpaksalah mengiyakan.

“Cuma dia tak mahu terlalu mencanangkan hubungan ini demi privasinya dan tak nak orang meluat pula,” katanya ketika dihubungi di sini, petang semalam.

Sekeping gambar lelaki dari arah tepi yang memakai pakaian seragam juruterbang dimuat naik Sakinah dalam Instagram beberapa hari lalu menimbulkan teka-teki kepada banyak pihak.

Peminat pelakon ini mula membuat spekulasi mengenai identiti lelaki itu.

Sumber Harian Metro pula mengesahkan lelaki berusia 26 tahun itu teman lelaki Sakinah sejak awal tahun ini.

Ironinya, ujar Sakinah, dia sudah banyak kali memuat naik gambar mereka bersama rakan lain sebelum ini, tetapi ia tidak berjaya dihidu mana-mana pihak.

Katanya, hanya disebabkan gambar terbaru itu, pelbagai spekulasi timbul seraya memaksanya mendedahkan perkara sebenar.

Sakinah berkata, bagaimanapun dia berharap keterbukaannya mendedahkan hubungan itu tidak disensasikan demi menghormati privasi kekasihnya.

“Saya tak ada masalah berkongsi cuma tak bolehlah terlalu banyak sebab dia tak nak diganggu atau disindir di tempat kerja,” katanya.

Katanya, dia berharap hubungan itu sampai ke peringkat lebih serius jika ditakdirkan mereka mempunyai jodoh.

“Sebelum ini saya dah malas nak fikir (mengenai kekasih). Apabila kenal dia menerusi seorang kawan, kami jalan saja.

“Saya mencari lelaki yang boleh membimbing dan dia ada semua (kriteria) itu.

“Tapi, buat masa ini, kita tak bercakap mengenai kahwin lagi,” katanya yang akan muncul dalam program Super Spontan 2014, malam Jumaat ini. - myMetro online

0 comments:

Post a Comment