Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 22, 2014

No Comment

Kuala Lumpur – Tindakan seorang peniaga mempromosikan seluar dalam jenama terkenal kepada penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) membawa padah apabila produk tiruan itu kemudian dirampas.

Sebelum itu, beberapa penguat kuasa menjalankan pemantauan barangan tiruan di kawasan Bukit Bintang dan didekati peniaga berkenaan.

Bagaimanapun, peniaga terbabit cuak selepas mendapati pelanggan yang ditegurnya itu sebenarnya penguat kuasa KPDNKK.

Timbalan Pengarah KPDNKK Kuala Lumpur Rosli Ahmad berkata, seluar dalam jenama Calvin Klein itu hanya dijual dengan harga serendah RM36 sekotak berbanding jenama asli yang dianggarkan mencecah ratusan ringgit.

“Sebanyak 15 helai seluar dalam tiruan dirampas. Rampasan dianggarkan bernilai RM540 berdasarkan harga pasaran semasa.

“Kami sudah mengambil keterangan peniaga terbabit bagi membantu siasatan untuk mencari pengedar barangan itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Perihal Dagangan 2011 berhubung larangan perihal dagangan palsu dan cap dagangan. – myMetro Online

0 comments:

Post a Comment