Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 20, 2014

No Comment

GEORGETOWN – Projek pembinaan bangunan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Subramaniya Barathee di Bukit Gambir dekat sini kini siap dan dijadual beroperasi 29 Ogos ini.

Guru Besarnya D. Nathan berkata bangunan tiga tingkat yang mempunyai sembilan bilik darjah itu bakal menempatkan 220 murid Tahun Satu hingga Tahun Enam.

“Warga sekolah rasa berbesar hati dapat menjalani sesi pembelajaran dan pengajaran di bangunan sekolah baharu dalam keadaan lebih kondusif tanpa perlu bersesak-sesak seperti dahulu,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Beliau berkata sekolah itu ditubuhkan sejak 1952 di Jalan Sultan Azlan Shah, Gelugor dan berada dalam keadaan uzur sebelum Yayasan SP Setia menyumbangkan kabin sementara untuk kemudahan penghuninya pada 2012.

Katanya sekolah yang didirikan atas tanah koperasi itu merupakan antara sekolah yang banyak melahirkan pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Terdahulu Jurutera Daerah Timur Laut Ibrahim Ahmad menyerahkan kunci sekolah kepada Pengawai Pendidikan Daerah Timur Laut Md Ismail Pawanteh dan menandatangani perakuan penyerahan projek bernilai RM2.7 juta itu. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment