Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 24, 2014

No Comment

KUCHING – Pemangku Presiden, Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Datuk Seri Tiong King Sing berkata parti berusia 11 tahun itu semakin kukuh dan berkembang walaupun ditinggalkan oleh bekas Presidennya, Tan Sri William Mawan Ikom.

“Walaupun bekas presiden kami (Mawan) telah meninggalkan parti tetapi anggota parti masih utuh dan malah semakin meningkat kerana kami menerima lebih ramai anggota baharu daripada semua bahagian parti ini di seluruh negeri,” kata Tiong pada majlis Malam Perpaduan SPDB Bahagian Bengoh di Kota Padawan dekat sini malam tadi.

Tiong yang juga anggota Parlimen Bintulu dan duta khas bertaraf menteri ke Asia Timur berkata sejak penubuhannya SPDP sentiasa kuat dan bersatu di bawah komponen parti Barisan Nasional (BN), dan menambah akan selamanya begitu.

Beliau berkata tiada siapa yang mengusir Mawan daripada parti itu, dan menambah beliau meninggalkan SPDP atas kemahuannya sendiri dan tiada siapa tahu kenapa beliau berbuat demikian.

Sehubungan itu beliau menasihatkan pemimpin parti dan anggotanya agar sentiasa menunjukkan kesetiaan kepada parti dan BN, serta tidak meletakkan kepentingan peribadi melebihi kepentingan parti.

Tiong menyeru semua anggota SPDP di kawasan Bengoh agar memberi sokongan penuh kepada calon BN dalam pilihan raya negeri akan datang.

“Bengoh bukan kerusi kita tetapi kita mempunyai tanggungjawab untuk menyokong calon BN di kawasan ini,” katanya dan menambah SPDP, Parti Rakyat Sarawak dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak bergabung minda untuk bekerjasama bagi kemenangan BN.

Mawan, yang juga Menteri Pembangunan Sosial negeri, menerajui SPDP sejak penubuhannya pada November 2002 tetapi meninggalkan parti itu tahun ini untuk menerajui parti baharu – Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) – bersama-sama
empat lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) SPDP iaitu Datuk Peter Nansian (Tasik Biru), Datuk Sylvester Entrie (Marudi), Paulus Palu Gumbang (Batu Danau) dan Rosey Yunus (Bekenu).

Mawan yang juga anggota Parlimen Seratok dan Adun Pakan, berkata beliau bukan kapten yang mengorak langkah meninggalkan kapal tetapi berhadapan pemberontakan (dalam parti).

Anggota Parlimen Mas Gading, Anthony Nogeh yang berucap pada majlis itu berkata keanggotaan SPDP meningkat dan mendakwa parti itu mendapat sokongan padu daripada masyarakat Foochow. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment