Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 23, 2014


Produser Metrowealth, David Teo sememangnya diketahui mempunyai isu dengan beberapa pelakon yang meninggalkan produksinya untuk bergerak secara solo. Mereka ini disifatkan bagaikan kacang lupakan kulit.

Kerana perkara tersebut, Kacang dijadikan subjek utama dalam single pertama David Teoh yang telah dimuatnaik ke laman YouTube sejak 24 Jun walaupun David menafikan kaitan antara perkara tersebut dengan singleya itu.

Tapi, lagu ini jarang dikeudarakan di radio menyebabkan David merasa tidak puas hati lalu meluahkan perasaannya kepada stesen radio tertentu.

David berkata kepada Mstar Online, dia merasa pelik mengapa lagu Kacangnya yang menampilkan Fida Ibrahim, Zarul dan juga Cat Farish tidak mendapat liputan meluas sedangkan video yang menelan belanja RM30,000 itu mendapat tontonan lebih dari 100,000 di YouTube.

Oleh kerana itu, David menganggap stesen radio syok sendiri dan hanya memutarkan lagu yang kena pada hati mereka sahaja. Tidak hairanlah ramai pemuzik berbakat hanya popular di laman sosial sahaja, petiknya. - SiakapKeli.com


0 comments:

Post a Comment