Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, August 11, 2014


Kolkata – Seekor harimau membaham sebelum mengheret seorang wanita ke hutan di depan suaminya.

Pasangan itu bersama seorang jurumudi bot dikatakan menangkap ketam di sungai cetek di Benggala Barat Jumaat lalu.

Haiwan itu menerkam dan mengheret wanita berkenaan ke paya bakau di Hutan Pirkhali kawasan yang terkenal dengan beberapa siri serangan haiwan buas itu, sementara suaminya kaku melihat kejadian berkenaan.

Pegawai hutan Nabin Chandra berkata, operasi mencari dijalankan selepas pihaknya menerima laporan daripada suami mangsa.

Bagaimanapun, usaha itu gagal menemui sebarang kesan mangsa.

Serangan berlaku di Sunderbans, kawasan paya bakau, tempat mengalirnya Sungai Ganges ke Teluk Benggala.

Ia kes keenam yang dilaporkan tahun ini.

Menurut pakar alam sekitar, habitat harimau yang semakin terancam memaksa haiwan itu meluaskan kawasan memburu makanan.

Jun lalu, harimau benggala menerkam lelaki di dalam bot dan mengheretnya ke kawasan paya bakau di depan beberapa anaknya.

Difahamkan, keluarga yang diserang harimau itu juga bekerja sebagai pemungut ketam di Taman Hutan Negara Sunderbans.

Kira-kira 3,200 harimau dipercayai masih berkeliaran di hutan di seluruh India. – Agensi

0 comments:

Post a Comment