Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 8, 2014

No Comment

PETALING JAYA – Motor Image Malaysia selaku pengedar eksklusif Subaru di negara ini memperkenalkan dua jentera berprestasinya menerusi Subaru WRX dan WRX STI, sebentar tadi.

Subaru WRX yang menggunakan rangkaian kuasa 2.0 liter turbo pancitan terus menyalurkan 268 PS dengan tork setinggi 350 Nm.

Ia yang menggunakan transmisi Linertronic dengan mod manual dijual pada harga RM229,800.

Sementara itu, Subaru WRX STI adalah varian lebih tinggi dijual pada RM269,800 yang menggunakan enjin boxer 2.5 liter pengecas turbo.

Jentera yang menggunakan transmisi manual enam kelajuan itu mampu menghamburkan 300 PS, manakala tork mencecah 407 Nm.

Kedua-dua varian itu menawarkan lima pilihan warna membabitkan perak, putih, merah, hitam dan biru. – Harian Metro

0 comments:

Post a Comment