Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, August 14, 2014

No Comment

PUTRAJAYA – Polis telah mengenal pasti suspek terbabit dalam kes memindah dan mengeluarkan duit daripada akaun penumpang pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis tidak menolak kemungkinan suspek adalah kakitangan bank tersebut.

“Kita percaya ini ada kaitan dengan orang dalaman bank, suspek sedang diburu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini, hari ini.

Semalam media melaporkan, sebanyak RM110,643 milik empat penumpang pesawat MH370 lesap daripada akaun bank, dipercayai dipindahkan oleh seorang kakitangan bank tanpa kebenaran.

Siasatan mendapati wang dari akaun milik mangsa satu, dua dan tiga dipindahkan ke akaun mangsa keempat melalui perbankan Internet dan dicampur dengan akaun mangsa keempat menjadi jumlah keseluruhan RM110,643.

Akaun berkenaan masing-masing milik dua penumpang warga China, Ju Kun dan Tian Jun Wei dan satu penumpang warga Malaysia Hue Pui Heng dan akaun pramugara Malaysia, Tan Size Hian.

Kejadian disedari pada 18 Julai lepas oleh seorang petugas bank asing itu selepas mengesan beberapa transaksi pengeluaran dan pemindahan secara mencurigakan dari empat akaun itu.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata pihaknya mengesan kewujudan akaun kelima berhubung pemindahan sejumlah wang milik kempat-empat mangsa MH370 yang dibuat pada Julai lepas.

“Siasatan awal polis mendapati daripada amaun RM110,643 itu, sebanyak RM35,000 dipindahkan ke akaun kelima menerusi perbankan internet.

“Akaun bank kelima itu didaftarkan atas nama individu yang tidak dikenali. Namun polis masih menyiasat lagi perkara ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKL).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad ketika dihubungi Bernama berkata siasatan polis setakat ini tidak menunjukkan sebarang penglibatan sindiket antarabangsa.

“Semua masih dalam siasatan dan setakat ini pihak bank sahaja membuat laporan polis berkaitan kejadian ini,” katanya.

Sementara itu, isteri Tan, Elaine Chew Oai Poh, 35, ketika dihubungi Bernama berkata, beliau masih menunggu panggilan pihak polis dan bank dalam isu ini.

“Saya tak check my husband punya bank akaun. Itu semua private and confidential. Saya tanya pihak bank, mereka cakap kes masih dalam siasatan,” katanya sambil menambah beliau masih belum membuat sebarang laporan polis.

Pesawat Boeing 777-200 ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada radar pada 8 Mac, sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL. Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Analisis data satelit menunjukkan kedudukan terakhir pesawat itu adalah di selatan Lautan Hindi, di barat Perth, Australia. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment