Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, August 26, 2014

No Comment

BESUT - Polis masih menjalankan siasatan lanjut dan berusaha memburu suspek terlibat menyamun lima wanita termasuk empat warga emas dalam tempoh dua jam di beberapa kampung di Besut pada 18 Ogos lalu.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah negeri, Asisten Superintendan Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata, siasatan awal mendapati dua suspek terlibat dalam kejadian membabitkan mangsa dari lima kampung.

Bagaimanapun kata Wan Abdul Aziz, polis belum mengenal pasti suspek terbabit namun siasatan lanjut dan usaha memburu suspek sedang giat dilakukan termasuk mengadakan kerjasama dengan polis dari kontinjen lain.

“Siasatan membabitkan pelbagai sudut termasuk kereta yang digunakan suspek dan beberapa beberapa petunjuk lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis sambutan Aidilfitri IPD Besut di sini kelmarin.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negeri, Senior Komisioner Datuk Hashim Abd Jalil dan pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Asisten Superintendan Noor Halim Nordin.

Wan Abdul Aziz berkata, suspek setakat ini dikesan melakukan kegiatan jenayah tersebut di Besut sahaja dan tidak ada kes dilaporkan di daerah lain.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai agar segera menghubungi polis sekiranya mendapati ada individu atau orang yang mencurigakan di kawasan masing-masing.

Sinar Harian pada 20 Ogos lalu melaporkan polis menubuhkan satu pasukan khas untuk memburu suspek berkenaan yang menyamun barang kemas lima wanita dalam tempoh tidak sampai dua jam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, pasukan yang diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah sedang memburu suspek yang dipercayai masih bebas selepas menyamun mangsa di lima lokasi, iaitu Kampung Renek, Alor Keladi, Kubang Depu, Alor Selinsing dan Kampung Tok Has.

Empat mangsa adalah warga emas berusia 58 hingga 80 tahun dan seorang lagi wanita hamil berusia 41 tahun yang membabitkan kerugian keseluruhan dianggarkan RM50,000. - Sinar Online

0 comments:

Post a Comment