Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 29, 2014


KLUANG - Salah seorang suspek yang dicari polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang yang dipercayai terlibat dalam kes samun warga China di Hotel Kluang Baru, 10 Ogos lalu akhirnya menyerah diri ketika serbuan dilakukan di Kampung Baru, kelmarin.

Serbuan dilakukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah IPD Kluang pada jam 9.30 malam itu hasil maklumat orang awam serta hebahan media massa.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Roze Shaari berkata, pihaknya berjaya menangkap salah seorang suspek yang berusia 30-an.

“Sewaktu serbuan dijalankan suspek tidak melakukan sebarang tindakan dan hanya menyerah diri berikutan dirinya sudah mengetahui gambarnya sudah tersebar di dada akhbar berkaitan kes samun warga China.

“Maklumat yang kami terima pun daripada orang awam yang membaca cerita berkenaan dan pihak kami merisik untuk mengesahkan suspek yang dicari,” katanya dalam sidang media yang diadakan di IPD Kluang, semalam.

Mohd Roze berkata, menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di hotel berkenaan masih terdapat seorang lagi suspek yang masih dicari oleh pihaknya bagi membantu siasatan dalam kes samun berkenaan.

Bagaimanapun, beliau berkata, lelaki yang ditahan itu akan disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan atas kesalahan samun berkawan tanpa bersenjata.

“Kini suspek masih ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan pihak kami masih menunggu seorang lagi suspek untuk tampil menyerah diri.

“Kita juga masih memerlukan maklumat daripada orang awam berhubung seorang lagi lelaki yang dicari dan sekiranya orang awam mempunyai maklumat bolehlah terus menghubungi pihak polis,” katanya. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment