Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, August 25, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Tabung Pendidikan 1 Bilion yang dikelolakan Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk membantu pendidikan Bumiputera, berjaya mengumpul dana berjumlah hampir RM400,000, sehingga kini.

Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Tabung Pendidikan 1 Bilion Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin berkata berdasarkan jumlah memberangsangkan itu, pihaknya optimis sasaran untuk mengumpul dana berjumlah RM1 bilion dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat.

“Hampir RM400,000 telah berjaya dikumpul dalam tempoh tujuh bulan sejak ia ditubuhkan pada Februari termasuk RM152,000 sumbangan alumni UiTM yang berkhidmat di Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan ‘Tabung Pendidikan 1 Bilion’ Alumni UiTM di sini, hari ini. Turut hadir Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh serta Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Pada majlis itu, Persatuan Alumni UiTM turut memperkenalkan tali leher dan selendang khas untuk anggotanya.

Tabung berkenaan akan mengumpul dana daripada alumni UiTM untu memajukan bidang pendidikan keseluruhan dalam bentuk biasiswa, bantuan kebajikan, menaja program penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Dana itu juga akan diberi kepada pelajar bumiputera yang memerlukan bantuan pendidikan dan tidak tertumpu kepada pelajar UiTM sahaja.

Sementara itu, Idris yang juga penaung tabung berkenaan ketika berucap pada majlis itu berkata sasaran itu tidak mustahil dicapai jika semua alumni UiTM menyumbang.

“Kita mempunyai lebih 500,000 alumni UiTM yang mampu menyumbang. Jika purata setiap alumni menyumbang RM2,000, saya percaya kita akan mencapai sasaran (RM1 bilion) pada hujung tahun ini,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment