Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 22, 2014

No Comment

SHAH ALAM - Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menyifatkan tiada keperluan untuk mempertikai kelayakan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Menurutnya, Wan Azizah berpengalaman memimpin parti itu selama 16 tahun sehingga parti itu menjadi parti yang sehebat naga.

"Sudah tentu Presiden kita layak untuk memegang jawatan MB. Beliau memimpin parti selama 16 tahun dan memastikan PKR ini bukannya parti nyamuk seperti yang disebut dulu. Sekarang parti nyamuk tak jadi nyamuk dah.

"Kita (PKR) jadi naga dah. Alhamdulillah dan ia dipimpin oleh seorang wanita dan beliau juga ketua pembangkang pertama dalam Dewan Rakyat," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas perasmian persidangan Kongres Nasional Tahunan Wanita PKR, hari ini.

Selain itu, beliau yakin pemerintahan Wan Azizah nanti yang akan dibantu kepimpinan lain akan menjadikan Selangor lebih baik daripada sekarang.

"Jadi, tiada isu tentang kelayakan beliau.

"Selain itu, sudah tentu akan ada kepimpinan lain yang akan membantu beliau bersama-sama memastikan bahawa Selangor ini akan terus mara dengan agenda-agenda perubahan. Jauh lebih baik daripada apa yang ada sekarang," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah yang juga anak kepada Wan Azizah menyentuh soal ketabahan ibunya itu dalam memimpin parti dan menguruskan enam orang anak ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara.

"Ranjau yang paling sukar di mana beliau mampu menunjukkan kepimpinan ketika ayah dipenjara. Pada waktu yang sama ada enam orang anak. Adik saya yang paling kecil berusia 6 tahun ketika ayah dipenjara.

"Bayangkan selama enam tahun, dia terpaksa menjadi pemimpin parti politik. Bekerjasama dengan dua lagi komponen parti untuk menubuhkan satu pakatan dan menghantar anak-anak ke sekolah.

"Tentunya semua ini memberikan beliau kebolehan untuk 'empatize the average women'. Pada saya sifat empati itu penting dan inilah kualiti yang terpenting buat saya," katanya. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment