Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 22, 2014

No Comment

TOKYO – Beribu-ribu anggota penyelamat menggeledah kediaman yang ranap akibat tanah runtuh di barat Jepun semalam dengan harapan untuk menemui mangsa yang masih hidup, sehari selepas tembok lumpur meragut sekurang-kurangnya 39 nyawa.

Anggota polis, bomba dan tentera bekerja sepanjang malam untuk mencari tujuh mangsa yang dipercayai masih tertimbus dalam timbunan runtuhan dan lumpur.

Berpuluh-puluh buah rumah tertimbus apabila lereng beberapa buah bukit runtuh selepas hujan lebat turun selama tiga jam di bandar Hiroshima.

Jumlah hujan yang turun kelmarin menyamai taburan hujan untuk tempoh tiga bulan.

Antara mangsa yang masih hilang termasuk seorang pemain pasukan besbal sebuah sekolah tinggi tempatan yang dipercayai tertimbus dalam banjir lumpur tersebut.

“Saya melihat mesej Twitter yang menyatakan dia belum ditemui,” kata seorang remaja dalam satu temu bual bersama stesen televisyen Fuji.

“Kami belajar di sekolah menengah rendah yang sama. Saya mahu dia ditemui segera kerana pastinya dia menderita,” tambah remaja itu.

Menurut stesen berkenaan, operasi mencari di lokasi kejadian berlarutan hingga pagi semalam namun remaja lelaki itu dan bapanya masih belum ditemui.

Antara 39 mangsa yang mati pula termasuk dua adik beradik lelaki masing-masing berusia dua dan 11 tahun yang disahkan terkorban selepas dikeluarkan daripada timbunan lumpur.

Pada Oktober tahun lalu, berpuluh-puluh orang terbunuh apabila hujan lebat yang dibawa ribut taufan menyebabkan kejadian tanah runtuh di Pulau Oshima, selatan bandar raya ini. – AFP

0 comments:

Post a Comment