Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 23, 2014

No Comment

Di sebalik senyuman menawan dan kejelitaan yang dimiliki pasti ramai yang tidak percaya, pelakon kacukan Melayu-Inggeris, Tania Hudson, 28, baru saja pulih dari penyakit dalam otak yang dideritainya, sejak kecil.

Malah, adik kepada pelakon popular Natasha Hudson ini dilaporkan pernah menjalani pembedahan akibat sejenis penyakit akibat gumpalan urat tidak normal yang tumbuh di otak atau Arteriovenous Malformation (AVM), empat tahun lalu.

Justeru, tidak hairanlah kehadiran Tania pada majlis rumah terbuka sebuah majalah hiburan yang berlangsung di Shah Alam, baru-baru ini mencuri tumpuan pihak media dan jurugambar yang membuat liputan pada majlis berkenaan. Semuanya kerana mereka ingin tahu keadaan kesihatannya sekali gus perkembangan terkini karier seninya.

Secara peribadi, pemilik nama sebenar, Tania Nadira Hudson ini mengakui, dia sangat bersyukur kerana masih lagi bernafas di bumi Tuhan ini.

“Alhamdulillah, selepas pembedahan berkenaan, kesihatan saya beransur pulih dan boleh menjalani kehidupan seperti biasa.

Cuma, saya perlu mengamalkan cara hidup sihat dan mengawal tekanan dari sekeliling.

“Rawatan susulan cuma tiga tahun selepas pembedahan dan sekarang semua kembali normal tetapi kepala ada juga berdenyut sekali-sekala.

“Saya bersemangat untuk kembali bekerja seperti sebelum ini. Fokus saya adalah karier lakonan yang nampak sudah semakin tenggelam sejak akhir-akhir ini,” katanya.

Bagaimanapun, Tania bertuah kerana pengarah dan produksi di luar sana banyak bertolak ansur dengannya ketika di lokasi penggambaran sebelum ini.

“Selepas pembedahan, saya perlukan masa rehat dan tidur yang lebih lama berbanding orang biasa. Jika tidak cukup rehat, penyakit asma pula menyerang atau saya akan mendapat sakit kepala.

“Masalah kesihatan yang dialami sebelum ini juga menyebabkan karier lakonan turut terjejas. Setakat ini, pihak produksi yang pernah bekerjasama memahami keadaan ini,” katanya.

Penderitaan yang pernah dilalui akibat penyakit merbahaya itu banyak mengajar Tania untuk menjadi manusia yang lebih tabah dan kuat menempuh hari mendatang.

“Saya pernah melalui saat-saat getir bila berdepan penyakit berkenaan sejak kecil. Selepas beberapa bulan menjalani pembedahan, saya pernah mengalami sakit kepala yang teruk hingga terpaksa dimasukkan ke hospital.

“Namun selepas kesihatan beransur pulih, barulah saya sedar, Tuhan memberi peluang kedua untuk saya hidup. Sebagai orang islam, hidup kita juga singkat dan pada bila-bila masa saja, nyawa akan diambil apabila sudah sampai ajal,” katanya. – myMetro Online

0 comments:

Post a Comment