Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, August 21, 2014

No Comment

MARANG – “Dengan mengutip barang dapat dikitar semula di tapak pelupusan sampah seperti plastik, kertas, botol dan besi, pendapatan sebulan paling banyak boleh dapat sehingga RM1,500 walaupun bau di sini kurang menyenangkan."

Demikian kata Zaki Abdul Rahman, 51, yang melakukan kerja mengutip sampah untuk dikitar semula di pusat pelupusan sampah di Gong Tepas di sini.

Bapa tiga anak ini sebelum ini melakukan pelbagai kerja di kampungnya sebagai sumber rezeki, tetapi setelah menyedari harga barang kitar semula semakin mahal, dia mengambil keputusan mengutip bahan tersebut untuk dijual.

“Kalau bekerja di kampung (termasuk bertani) memang agak susah sedikit saya hendak tampung keperluan keluarga dan anak-anak. Tapi, pendapatan berbeza selepas buat kerja mengutip barang kitar semula untuk dijual,” katanya.

Zaki berkata, sewaktu mula melakukan kerja mengutip barangan kitar semula itu dia mengakui tidak tahan dengan bau busuk lebih-lebih lagi selepas hujan, namun kini ia bukanlah satu masalah yang besar lagi.

“Dulu ada juga rasa loya dan pening kepala sebab tak tahan dengan bau busuk sampah. Namun, selepas beberapa bulan bekerja saya jadi biasa dan hingga kini sudah lebih lima tahun saya mengutip barang kitar semula,” katanya. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment