Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 10, 2014


JITRA - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan cadangan menyekat Facebook dan internet adalah terlalu drastik kerana isu penyalahgunaan kemudahan itu perlu ditangani menerusi penguatkuasaan undang-undang terlebih dahulu.

“Langkah tapisan internet adalah pilihan terakhir dan perlu dimulakan dengan tindakan tegas ke atas sesiapa yang menyalahgunakan internet.

“Apa yang tidak cukup sekarang ini adalah penguatkuasaan undang-undang, bukan sampai perlu sekat Facebook. Itu akan memberi kesan sebagai sebuah negara di mata dunia,” katanya, di sini, semalam.

Tambah Khairy, kerajaan juga sebelum ini pernah menandatangani perjanjian bawah piawaian antarabangsa koridor multimedia yang tidak akan membuat tapisan internet.

“Sebab itu saya cadangkan sekiranya undang-undang seperti Akta Komunikasi dan Multimedia sedia ada tak cukup kuat bagi pihak berkuasa jalankan siasatan, maka kita boleh pinda undang-undang tersebut.

“Kita ada majoriti di Parlimen, maka boleh pinda undang-undang. Sekiranya tak cukup penyiasat, maklumkan supaya kita boleh pertimbangkan ditambah penyiasat,” katanya.

Menurut Khairy, kerajaan mungkin perlu melihat dahulu tindakan tegas yang boleh diambil terhadap mereka yang menyalahgunakan kebebasan internet.

“Sekarang ini kita lihat sekiranya tidak ada tekanan politik seolah-olah tidak ada apa-apa tindakan. Bila buat laporan polis atau memorandum baru ada tindakan daripada pihak berkuasa.

“Kita terima kebebasan bersuara di negara ini sebagai prinsip, tetapi ada batasnya dan batas itu mesti dikuatkuasakan. Kalau batas itu tak dikuatkuasakan akan wujud keadaan anarki,” katanya.

Tegas Khairy, sekiranya ada tindakan cepat dan tegas, pengguna akan berfikir panjang untuk melakukan penyalahgunaan internet. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment