Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 9, 2014

No Comment

Kembali lagi!

BAGI yang membesar sekitar awal tahun 1990-an, siri animasi Ninja Turtles barangkali tidak lagi asing buat anda.

Bukan sahaja popular di televisyen dan filem, kisah empat ekor penyu yang pandai berlawan ini juga turut menarik perhatian peminat menerusi siri komik.

Kini, mereka kembali sekali lagi menemui para peminatnya menerusi filem versi terbaru berjudul Teenage Mutant Ninja Turtles.

Paling penting, mereka masih mengekalkan watak empat ekor penyu mutan yang terdiri daripada Raphael, Michelangelo, Leonardo dan Donatello menjadi pembanteras jenayah di kota New York dan hidup di kawasan pembetungan air bersama sifu yang juga ayah angkat mereka, Splinter.

Kenangan wira penyu

Jika siri komik lain memaparkan manusia sebagai adiwira, Teenage Mutant Ninja Turtle (TMNT) menjadi kegilaan kanak-kanak kira-kira sedekad lalu kerana menampilkan empat ekor penyu yang mempunyai kemahiran masing-masing.

Komik TMNT adalah hasil ciptaan dua pelukis Amerika Syarikat iaitu Kevin Eastman dan Peter Laird. Mereka menggunakan wang pembayaran balik cukai dan meminjam sejumlah lagi daripada seorang saudara untuk mencetak 3,000 edisi pertama komik TMNT.

Namun kali ini, TMNT kembali dengan pembikinan semula dalam bentuk filem dan diarahkan oleh Jonathan Liebesman. Ia menampilkan pelakon terkenal Hollywood seperti Megan Fox, Johnny Knoxville, Pete Ploszek, Noel Fisher, Jeremy Howard, Alan Ritchson, Danny Woodburn, Tony Shalhoub, William Fichtner dan Will Arnett.

Filem ini juga sekali gus menjadi 'hadiah' sempena sambutan ulang tahun ke-30 Ninja Turtles.

Secara umumnya, filem TMNT 2014 masih mengekalkan jalan cerita yang sama dimana sekumpulan empat ekor penyu iaitu Raphael, Michelangelo, Leonardo dan Donatello menjadi pembanteras jenayah di kota New York.

Pada mulanya, mereka tidak dibenarkan keluar dari kawasan pembetungan air bawah tanah oleh sifu mereka iaitu Splinter. Namun, atas dasar keterujaan ingin melihat dunia luar dan desakan adrenalin untuk menjaga keamanan manusia, Ninja Turtles terpaksa mengingkar arahan Splinter dan menyebabkan identiti mereka terdedah.

Dek kerana terlalu ingin membongkar kisah sebenar di sebalik aktiviti jenayah kumpulan Foot Clan, wartawan berita, April O’Neil (Megan Fox) secara tak sengaja terserempak dengan Ninja Turtles dan cuba menjejaki hero-hero ‘pelik’ ini.

Sehinggalah pada satu hari, April mendapat tahu bahawa Ninja Turtles itu adalah penyu-penyu yang menjadi bahan eksperimen bapanya sebelum makmal tersebut terbakar ketika dia masih kecil.

Bagaimanapun, konflik semakin menjadi-jadi apabila seseorang yang paling dipandang tinggi oleh April rupanya adalah dalang kepada jenayah terancang Foot Clan dan sifu mereka yang kejam iaitu Shredder.

Tentu sekali, berbeza dengan siri televisyen dan filem sebelum ini, imej Ninja Turtles 2014 lebih segar dan jangan terperanjat kerana mereka juga memiliki tubuh yang kekar di sebalik cengkerang berwarna hijau gelap.

Bukan itu sahaja, tidak lagi berbekalkan topeng berwarna, Ninja Turles 2014 dilihat lebih pandai bergaya terutamanya, si Michelangelo.

Manakala yang lainnya tidak banyak perbezaan termasuklah dengan kehadiran April O'Neil, iaitu watak serupa yang pernah muncul dalam filem Teenage Mutant Ninja Turtles pada 1987.

Lebih aksi, komedi

Secara keseluruhannya, filem TMNT sememangnya amat menghiburkan dan sesuai di tonton bersama seisi keluarga.

Lebih-lebih lagi, tidak hanya padat dengan aksi-aksi yang cukup mengagumkan, Liebesman tidak lupa untuk menyelingkan babak aksi dengan babak komedi terutamanya melibatkan Michelangelo.

Namun sedikit mengecewakan apabila jalan cerita ini cukup bersahaja dan tidak ada kejutan atau adegan yang mendebarkan sepanjang tayangan filem ini.

Pendek kata, dari mula hingga akhir, jalan cerita filem ini sudah boleh dijangka, lebih-lebih lagi bagi mereka yang pernah menjadi pengikut setia Ninja Turtles sebelum ini.

Bagaimanapun ia tidaklah mencacatkan jalan cerita dan filem TMNT ini masih berbaloi untuk ditonton.

Bagi yang ingin mengetahui jenayah terancang apakah yang ingin dilakukan Foot Clan dan Shredder, jangan lupa menyaksikan filem ini di pawagam. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment