Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, August 18, 2014

No Comment

CANBERRA – Telefon bimbit milik Menteri Luar Australia, Julie Bishop didakwa digodam oleh pihak tertentu ketika beliau sedang memantau rundingan penting berhubung tragedi sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ditembak jatuh pada 17 Julai lalu, lapor akhbar The Herald Sun semalam.

Menurut akhbar tersebut, para pegawai perisikan Australia mengambil telefon bimbit milik Bishop sebaik sahaja beliau pulang daripada lawatan selama dua minggu ke Amerika Syarikat, Ukraine dan Belanda.

Beliau membuat lawatan ke negara-negara tersebut bagi memeterai perjanjian untuk membawa masuk pasukan polis Australia ke lokasi nahas.

Agensi perisikan Australia dipercayai sudah mengetahui lokasi negara pihak yang bertanggungjawab menggodam telefon bimbit Bishop.

Bishop enggan memberi komen berhubung laporan berkenaan dan difahamkan pegawai perisikan sudah menukar telefon bimbit milik beliau.

Bagaimanapun, semua komunikasi sensitif beliau dengan menteri kabinet dan para pegawai perisikan serta pertahanan termasuklah pihak polis dibuat melalui rangkaian yang selamat.

Pesawat MH17 yang membawa seramai 298 penumpang termasuk 38 rakyat Australia terhempas timur Ukraine dipercayai selepas ditembak dengan menggunakan peluru berpandu darat ke udara. – AGENSI

0 comments:

Post a Comment