Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 20, 2014

No Comment

KUCHING – Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini mengumumkan tempoh lesen membalak boleh dilanjutkan hingga 60 tahun.

Katanya tempoh itu dikira mulai tarikh sesuatu lesen dikeluarkan dan antara syarat yang akan dikenakan ialah pemegang lesen perlu memenuhi syarat yang diwajibkan bagi pensijilan dalam tempoh tiga tahun mulai tarikh pemberian kelulusan.

“Kegagalan memenuhi syarat yang ditetapkan boleh menyebabkan sesuatu lesen itu dibatalkan,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar mengenai Pensijilan Pengurusan Hutan (Hutan Semula Jadi) Di Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini hari ini.

Adenan berkata keputusan itu diambil selepas Persatuan Kayu-kayan Sarawak (STA) memaklumkan kepada beliau tentang cabaran yang dihadapi industri pembalakan di negeri ini.

“Saya dapati terdapat banyak cabaran untuk mendapatkan pensijilan hutan dan perkara ini perlu ditangani sekarang untuk memiliki daya saing,” katanya.

Adenan berkata beliau juga mengambil maklum bahawa antara cabaran yang dihadapi ialah kebanyakan lesen membalak mempunyai tempoh yang singkat dan ini tidak kondusif bagi pembalak untuk mendapatkan pensijilan pengurusan hutan kerana kosnya yang tinggi.

Kata beliau kerajaan negeri menggalakkan industri pembalakan, terutama pemegang lesen utama, mendapatkan pensijilan hutan.

Menurut beliau kerajaan akan mengkaji semula dasar berkenaan dari semasa ke semasa dan pada masa akan datang, pensijilan hutan mungkin diwajibkan di semua kawasan.

“Pada Jun 2013, ketika menjadi Menteri Tugas-tugas Khas, saya mengumumkan pada satu majlis negeri bahawa kerajaan negeri mahu kawasan konsesi di bahagian tengah Borneo mendapatkan pensijilan pengurusan hutan lestari (SFM) menjelang Julai 2017.

“Saya ingin menegaskan sekali lagi di sini bahawa peserta utama industri ini diwajibkan mendapatkan pensijilan bagi sekurang-kurangnya satu daripada kawasan lesen mereka menjelang Julai 2017,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment