Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 13, 2014


Pemain ski air yang berasal dari Gothenburg, Sweden menjumpai semula smartphone Sony Xperia Z2 miliknya setelah hilang di dasar laut selama 6 (enam) minggu. Kisah mengagumkan itu pertama kali tercatit di media tempatan Sweden.

Alexander Maxen secara sengaja menjatuhkan telefon miliknya ke dalam laut yang memiliki kedalaman 10 meter. Seperti yang sedia maklum, Xperia Z2 hanya boleh bertahan terendam di dalam air tawar (bukan air laut) dengan kedalaman 1,5 meter selama 30 minit.

Ketika Maxen dan rakan-rakannya sampai di pantai, mereka cuba melakukan panggilan telefon ke telefon itu dan hebatnya telefon itu masih boleh dihubungi. Tetapi, kerana tidak membawa peralatan selam, mereka tidak dapat mengambil telefon itu lalu dibiarkan sahaja telefon tersebut tenggelam.

Enam minggu kemudian, rakan Maxen menyelam di lokasi yang telah berjaya menemui telefon terbabit, dipetik dari Ubergizmo, Rabu (13/8/2014).

Meskipun telah mengalami beberapa kerosakan luaran, seperti panel belakang yang retak dan bateri yang hampir rosak, mereka terkejut ketika melihat lampu indikator bateri masih menyala. Smartphone itu bahkan masih boleh melakukan proses booting dengan sempurna dan mampu melakukan panggilan telefon.



Ini bukan kali pertama smartphone keluaran Sony boleh bertahan di dalam air, setelah terendam melebihi had. Tahun lalu, sebuah Sony Xperia V masih berfungsi dengan baik setelah empat hari terendam di dalam laut. - SiakapKeli.com

13 comments:

  1. Tapi jahanam jugakan .....haaaaaa mana nleh pakai dah mcm tu.

    ReplyDelete
  2. memang dah tak boleh pakai tapi ini membuktikan ianya takkan apa-apa jika terendam sekadar beberapa jam .....

    ReplyDelete
  3. klau terendam saja mungkin henset tu x da apa2..mungkin sbb terhentak pada batu atau karang laut dan dibawa oleh arus air yang kuat. tapi henset tu membuktikan bahawa ketahanannya pada tahap yang cemerlang walaupun sudah 6 minggu di dasar air laut di kedalam 10 meter dan masih boleh digunakan seperti biasa walaupun mengalami kerosakan yg boleh dikatakan major

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  4. Macam HOAX je... 6 minggu takkan ade battery lagi kot... terus kong patutnya.

    ReplyDelete
  5. kalau dia cas masuk mesti bleh guna lagi...

    ReplyDelete
  6. Klu dh masuk dlm lubang jamban, masih elok...tp korg masih nk guna ke? Heheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jual lah.. Bukan orang kedai tau dah masuk dalam jamban..

      Boooo

      Delete
  7. kencing...
    http://www.sonymobile.com/my/products/phones/xperia-z2/specifications-xperia-z2/#tabs

    Battery
    Talk time: up to 19 hours***
    Standby time: up to 740 hours***
    ...
    Battery: 3200 mAh minimum

    740 hours / 24 hours = 30.83333333333333 days = 4-5 weeks only

    ReplyDelete
    Replies
    1. easy, buy z2 try sendiri , setakat copy paste spec dari internet semua orang boleh

      Delete
    2. Penat2 je kira, tp info salah. "Totally discharged upon discovery"

      http://www.xperiablog.net/2014/08/11/xperia-z2-survives-six-weeks-on-the-sea-bed-remains-in-full-working-order/

      Delete
  8. Saya membawa pasangan untuk berkahwin secara sah di pejabat Majlis Agama Islam Narathiwat Thailand. Pernikahan ini adalah sah mengikut hukum syarak dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Insya-Allah urusan boleh dijalankan dalam 1 hari sahaja & dokumen lengkap dapat diterima pada hari tersebut (tidak perlu pengesahan pej Konsul).
    Sekiranya berminat JGN MALU JGN SEGAN, sila GOOGLE ke LINK ini :-
    kahwindithailandnarathiwat.blogspot.com ATAU 010-797 3044

    ReplyDelete