Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, August 14, 2014

No Comment

CINCINNATI – Pemain Britain, Andy Murray layak ke peringkat 16 terakhir kejohanan tenis Terbuka Western & Southern di sini selepas merakamkan kemenangan 6-3 6-3 ke atas pemain Portugal, awal pagi tadi.

Pemain pilihan kelapan itu mematahkan servis Souza, 25, pada perlawanan set pembukaan sebelum mengesahkan kemenangan dalam tempoh sejam 11 minit.

Murray, 27, kini akan berdepan pemain Amerika Syarikat, John Isner – pemain yang muncul naib juara tahun lalu – pada pusingan berikut. Pemain Britain nombor dua, James Ward, 27, pula menempuh nasib berbeza selepas kecundang 6-2 6-2 kepada pemain Perancis, Julien Benneteau pada pusingan kedua.

“Saya menang dan itulah perkara penting,” kata Murray yang kalah kepada Jo-Wilfried Tsonga dalam suku akhir Piala Rogers di Toronto, minggu lalu.

Benneteau pula akan berdepan pemain Poland, Jerzy Janowicz yang terdahulu menewaskan pemain Bulgaria, Grigor Dimitrov 6-4 3-6 6-3. -AFP

0 comments:

Post a Comment