Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, August 11, 2014

No Comment

MONTREAL: Pilihan ketiga, Agnieszka Radwanska menumpaskan bekas pemain nombor satu dunia, Venus Williams, semalam untuk menjuarai Kejohanan WTA Montreal - gelaran pertama untuk pemain Poland itu, musim ini.

Radwanska mudah membenamkan lawan dari Amerika Syarikat 6-4, 6-2 dalam tempoh 81 minit sahaja untuk meraih trofi perseorangan wanita ke-14 sepanjang kerjayanya.

“Saya sungguh gembira,” kata Radwanska yang mengutip hadiah kemenangan AS$467,000 (RM1.4 juta) di atas kemenangan ini.

“Segala-galanya menjadi untuk saya hari ini.”

Kali terakhir pemain berusia 25 tahun ini memenangi gelaran adalah di Seoul, September lalu. Dia mara ke final Indian Wells, awal tahun ini tetapi kalah kepada pemain Itali, Flavia Pennetta.

Venus yang menewaskan adiknya, Serena dalam separuh akhir jelas tidak dapat mengulangi pencapaian sama untuk memburu mahkota kejuaraan kali ini dengan banyak kesilapan dan hanya memenangi 26 peratus sahaja servis kedua.

“Saya kurang tenaga kali ini dan ini satu minggu yang lama. Saya mahu bermain enam perlawanan lagi minggu depan tetapi ia agak keterlaluan bagi diri saya,” kata pemain berusia 34 tahun itu.
Venus mengutip AS$227,000 (RM681,000) di atas pencapaiannya selaku naib juara di sini untuk menjadikan pendapatan sepanjang kerjayanya melebihi AS$30 juta RM90 juta) ketika ini. - AFP

0 comments:

Post a Comment