Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 22, 2014

No Comment

KUALA TERENGGANU - Tindakan kejam seorang lelaki menetak pergelangan tangan rakannya sehingga putus dengan parang menerima pembalasan apabila dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Hukuman itu diputuskan selepas Abdullah Ali, 36, mengaku salah menyebabkan cedera parah dengan menetak pergelangan tangan Mohd Daud Yusoff, 34, sehingga putus menggunakan sebilah parang.

Dia mengaku melakukan kesalahan itu pada 25 Disember tahun lalu, kira-kira jam 6 petang, di rumah tidak bernombor di Jalan Akhir, Kampung Gong Terap, Chalok, Setiu.

Abdullah didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Pada hari kejadian, mangsa ditemani dua rakan ke rumah Abdullah untuk berunding secara baik berhubung besi buruk miliknya yang dicuri oleh Abdullah sebelum ini.

Mangsa memujuk Abdullah memulangkan semula besi buruk miliknya, namun dia enggan memberi kerjasama dan berkeras tidak mahu menyerahkan besi buruk berkenaan walaupun dalam masa sama mengaku telah mencurinya.

Setelah beberapa minit berbincang, mangsa mengambil keputusan mengalah dan bertindak beredar dari rumah berkenaan.

Bagaimanapun, Abdullah yang masih tidak berpuas hati bertindak menyerang mangsa dan dua rakannya dengan sebilah parang sebelum berlaku pergelutan di antara mereka.

Dalam pergelutan itu, mangsa yang terjatuh tidak sempat mengelak sebelum pergelangan tangannya ditetak oleh Abdullah sehingga putus di lokasi kejadian.

Susulan insiden itu, pihak hospital mengesahkan pergelangan tangan mangsa sudah tidak boleh disambung lagi.- Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment