Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, August 21, 2014

No Comment

SHAH ALAM – PAS Selangor tidak bercadang untuk meletakkan mana-mana anggota Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) daripada parti itu sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Pesuruhjayanya, Iskandar Abdul Samad berkata sebaliknya buat masa ini PAS masih lagi berpegang kepada prinsip bahawa jawatan menteri besar itu adalah milik Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Kita tidak bincang isu (PAS jadi menteri besar) itu, cuma (ikut keputusan) mesyuarat PAS Pusat pada 17 Ogos lalu bahawa kita setuju menteri besar dari PKR, jadi sebab itu kita tak bincang lagi hal ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Iskandar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian dalam sebuah akhbar hari ini yang mencadangkan supaya PAS mencalonkan beliau (Iskandar) sebagai menteri besar sekiranya Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Shah menolak calon daripada PKR.

Mengulas lanjut, Iskandar berkata anggota Exco PAS akan terus bekerjasama di bawah pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sehingga diberitahu bagi memastikan perkhidmatan kerajaan negeri dapat diteruskan.

“Saya juga nak beritahu bahawa program seperti Skim Mesra Usia Emas dan lain-lain masih diteruskan seperti biasa,” katanya.

Pada Ahad lepas, PAS memutuskan untuk mencalonkan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar baharu di samping calon sedia ada, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Bagaimanapun selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada hari yang sama, gabungan pembangkang itu bersetuju Dr Wan Azizah dinamakan sebagai calon tunggal bagi menggantikan Abdul Khalid. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment