Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, August 12, 2014


PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Tian Chua, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan mengeluarkan perkataan mengaibkan terhadap Timbalan Penguasa Polis Petaling Jaya pada April lalu.

Tian Chua mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Abu Bakar Manat, sebentar tadi.

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dituduh menyebut perkataan bastard (bangsat), stupid police (polis bodoh), celaka dan f**k you ke atas seorang pegawai polis Deputi Supritendan Glenn A Sinappah.

Pegawai tersebut dikatakan cuba merampas telefon bimbit Tian Chua di Hotel Armada, Petaling Jaya.

Dalam kenyataannya, Tian Chua berkata dakwaan itu sebagai satu penganiayaan politik ke atasnya dan berkata Peguan Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail sudah bersetuju untuk tidak mendakwa beliau mengikut undang-undang hasutan.

Tian Chua dibenarkan diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 September ini bagi sebutan kes. - SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment