Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 22, 2014

No Comment


GAZA - Tiga komander kanan Hamas dilaporkan terbunuh di Genting Gaza akibat serangan udara dalam pengeboman di sebuah rumah di Rafah, awal pagi semalam.

Menurut Agensi, Hamas dalam satu kenyataan berkata, mereka yang maut adalah Mohammed Abu Shammala, Raed al-Attar and Mohammed Barhoum.

"Sejak kelmarin lagi, mereka menyasarkan serangan terhadap Komander Tertinggi Hamas, Mohammed Deif tetapi gagal membunuhnya. Bagaimanapun, isteri dan anak lelaki berusia tujuh bulan terkorban semalam," katanya.

Menurutnya, Israel melakukan 20 serangan udara di selatan Gaza sejak semalam.

Sementara itu, jurucakap Hamas, Abu Obeida memberi amaran kepada syarikat penerbangan asing supaya mengelak daripada memasuki Tel Aviv berkuat kuasa serta-merta susulan kegagalan rundingan gencatan senjata.

“Kami beri amaran kepada penerbangan asing agar menghentikan penerbangan ke Lapangan Ben Gurion mulai 6 pagi (waktu tempatan) kerana Israel meningkatkan serangan udara. Kami desak delegasi Palestin segera meninggalkan Kaherah dan jangan berunding lagi kerana ia hanya membuang masa,” katanya.

Rundingan anjuran Mesir bagi menamatkan serangan Israel-Hamas gagal apabila keganasan tercetus semula selepas gencatan senjata 10 hari

Menurut sumber Sinar Harian, sejak kegagalan itu seramai 48 penduduk Palestin maut dengan lebih 200 cedera, jumlah itu menjadikan angka korban keseluruhannya mencecah 2,065 orang. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment