Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 20, 2014

No Comment

SIBU – Polis menahan tiga lelaki berkaitan dengan kes tembak kediaman menteri Kabinet Datuk Seri Wong Soon Koh di Jalan Ipoh Khamis lepas.

Tiga lelaki berumur 26, 29 dan 57 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Lorong 6, Rejang Park di pukul 12:05 pagi Selasa.

Kesemua mereka merupakan penganggur.

Lelaki 57 tahun, yang lumpuh di sebelah kanan tubuhnya, merupakan bapa kepada suspek yang berusia 26 tahun.

Polis turut merampas beg yang mengandungi dadah jenis syabu dan pil Erimin 5 semasa penangkapan itu.

Suspek menunjukkan polis lokasi senapang patah yang dipercayai digunakan dalam kes ini.

Ketiga-tiga dijangka ditahan reman pada Rabu.

Dalam kejadian Khamis lalu itu, tembakan dilepaskan di rumah Wong oleh penumpang kenderaan pacuan empat roda yang telah berhenti di kawasan rumah itu.

Soon Koh merupakan Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat.

Beliau keluar Barisan Nasional parti komponen SUPP berikut persengketaan dalaman parti.

Soon Koh kemudiannya membentuk Parti Bersatu Rakyat (UPP). -mStar

0 comments:

Post a Comment