Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, August 19, 2014

No Comment

SKUAD Tok Gajah bertekad ingin meneruskan rentak kecemerlangan apabila berdepan Lions XII di Stadium Jalan Besar, malam ini.

Pengendalinya, Zainal Abidin Hassan memberitahu, misi tiga mata menjadi keutamaan pasukan selepas merekod kemenangan ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT) II dalam aksi pembuka tirai Kumpulan A.

Menurutnya, kemenangan perlawanan kedua akan mengukuhkan kedudukan Pahang pada peringkat kumpulan

“Biarpun tuan rumah memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri, tetapi Pahang tidak mahu terlepas mata dalam perlawanan ini.

“Namun, pemain perlu berhati-hati kerana lawan pasti ingin bangkit selepas gagal meraih mata ketika berdepan Felda United,” katanya.

Dalam pada itu, Zainal Abidin memberitahu, gandingan dua penyerang import, Dickson Nwakaeme dan Matias Conti terus menjadi pilihan utama Tok Gajah dalam perlawanan tersebut.

Menurutnya, persefahaman yang dipamerkan Nwakaeme dan Conti memberi gambaran bahawa mereka akan sekali menjadi taruhan terbaik untuk merobek gawang tuan rumah.

"Sumbangan pemain di bahagian tengah serta pertahanan turut diberi perhatian untuk membantu memantapkan pasukan.

“Bagi pemain simpanan pula, saya percaya apabila mereka diberi tanggungjawab untuk menggantikan rakan, komitmen tinggi perlu ada untuk memastikan kejayaan buat pasukan, katanya.

Dalam aksi menentang JDT II lalu, beliau berpuas hati dengan komitmen pemain termasuk pemain simpanan. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment