Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, August 14, 2014


KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group, Tan Sri Tony Fernandes hari ini menolak khabar-khabar angin tentang kemungkinan beliau membeli kepentingan dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan Malaysia Airlines.
 
"Saya mahu kehidupan saya lebih mudah. Itulah sebabnya saya jual Formula One (F1) dan saya cuma ada bola sepak.
 
"Saya tidak mahu memiliki lapangan terbang dan saya tidak mahu memiliki sebuah lagi syarikat penerbangan. Saya cuma mahu AirAsia," katanya kepada pemberita selepas pelancaran perkhidmatan kurier kos rendah AirAsia, Redbox.
 
Fernandes, yang juga memiliki Kelab Bolasepak Queens Park Rangers, mengumumkan bulan lepas bahawa beliau telah menjual pasukan Caterham F1 kepada sebuah konsortium ahli perniagaan Switzerland dan Arab.
 
Sementara itu, Fernandes berkata beliau berharap dapat bekerjasama dengan MAHB untuk mengadakan laluan-laluan baharu untuk meningkatkan lalu lintas penumpang ke negara ini.
 
Beliau yakin hubungan AirAsia-MAHB akan lebih baik memandangkan kini sudah ada semakin banyak komunikasi antara kedua-dua pihak.  - Bernama

0 comments:

Post a Comment