Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, August 26, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Trend demam denggi di Selangor, Kelantan, Putrajaya dan di sini mulai menurun bulan ini dan Kementerian Kesihatan mensasarkan kawalan wabak itu dapat diselesaikan dalam tempoh dua bulan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebelum ini keempat-empat negeri dan wilayah itu menunjukkan kadar kes yang tinggi bagi tempoh Jun dan Julai.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kesihatan Mental Kuala Lumpur kali ke-9 di sini hari ini, beliau bagaimanapun tidak dapat memberikan butiran lanjut mengenai kadar penurunan itu serta jumlah kes yang tinggi bagi Jun dan Julai di keempat-empat negeri dan wilayah tersebut.

Dalam perkembangan lain, Noor Hisham turut mengingatkan jemaah haji Malaysia musim ini untuk meningkatkan penjagaan kebersihan dan mengelak daripada bersentuhan secara langsung dengan individu yang tidak sihat atau haiwan semasa di tanah suci bagi mengelak dijangkiti Virus Ebola (EVD).

“Kita mengingatkan jemaah supaya meningkatkan penjagaan kebersihan, contohnya jika demam sediakan perlindungan seperti topeng pernafasan atau ada sesetengah yang ke tanah suci mereka pergi melawat unta dan sebagainya, jadi elakkan sentuhan langsung,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment