Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 27, 2014


Kecoh media sosial hari ini apabila ramai peminat yang berang dengan tindakan stesen TV3 yang dikatakan tidak menghormati permintaan biduanita negara, arwah Dato’ Sharifah Aini. Ini kerana pada 25 Ogos 2014 lepas saluran tv berkenaan menerusi program Majalah 3 telah menyiarkan kisah Dato’ Sharifah Aini.

TV3 tidak hormati permintaan terakhir Sharifah Aini? Program berkenaan telah menyiarkan kisah perjalanan hidup bidang seni arwah Dato’ Sharifah Aini. Tidak dinafikan ia adalah satu dokumentari menarik dan dapat membuatkan ramai orang lebih mengenali perjalanan seni beliau. Namun sebagaimana yang kita maklum, arwah pernah berpesan sebelum ini apabila beliau meninggal dunia beliau mohon supaya gambar-gambar (termasuklah video juga kot) lamanya yang tidak menutup aurat tidak disiarkan di televisyen. [Sumber asal]

Ekoran itu, ramai penonton tidak berpuas hati dengan tindakan TV3 yang dikatakan tidak sensitif dengan permintaan terakhir arwah. Pengguna laman sosial facebook mula mengecam tindakan TV3 yang menyiarkan gambar-gambar tidak menutup aurat arwah Dato’ Sharifah Aini. Ada antara mereka mahu stesen tv berkenaan memohon maaf kepada keluarga arwah. Tidak kurang juga yang mahu TV3 disaman.

Berikut adalah video permintaan terakhir arwah Dato’ Sharifah Aini yang pernah dirakamkan sebelum ini menerusi sebuah program di TV9. Anda boleh tonton video berkenaan dibawah:



p/s: Semoga tindakan seperti ini tidak berulang…. - ammboi.com

0 comments:

Post a Comment