Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 27, 2014

No Comment

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal melancarkan program yang melatih pengadil di negara ini, sebagai usaha menambah baik mutu pengadilan sedia ada.

Presidennya, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, beberapa pengadil akan dikenal pasti dan dikumpulkan untuk diberi latihan dalam tempoh empat tahun ini.

“Saya akan lancarkan program ini, ia akan melibatkan kerjasama dengan seorang bekas pengadil bertaraf antarabangsa yang kini merupakan pengerusi pembangunan pengadil di Kesatuan Bola Sepak Eropah (Uefa).

“Jadi melalui program ini, kita berharap pada 2018, sekurang-kurangnya satu atau dua akan dipilih menjadi pengadil Piala Dunia. Itu sasaran kita,” katanya.

Tengku Abdullah berkata, sekiranya bermula kelak, ia akan dilaksanakan di peringkat tempatan terdahulu, namun pada masa sama bakal berlaku program pertukaran pengadil.

“Bukan memanjakan mereka, tetapi taraf mutu pengadilan masih tidak ke mana. Jadi lebih baik kita melatih mereka kemudian nilai mereka dan seterusnya memberikan bayaran setimpal ke atas mereka.

“Saya akan umumkan dalam masa terdekat (mengenai program),” katanya.

Mengulas mengenai temasya Sukan Asian 2014, beliau berharap skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee dapat mempamerkan satu permainan yang baik sekali gus menghasilkan keputusan memberangsangkan.

“Harapan besar, tetapi realitinya mereka termasuk dalam kumpulan yang begitu susah. Saya harap mereka dapat mempamerkan satu permainan yang baik. Kita doakan yang terbaik untuk mereka dan menghasilkan keputusan yang baik,” katanya.

Dalam temasya itu, Skuad Harimau Muda A diundi ke dalam Kumpulan A yang mempertemukan mereka dengan dua gergasi Asia dan pasukan pilihan, iaitu tuan rumah Korea Selatan serta Arab Saudi. Satu lagi pasukan ialah Laos.- Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment