Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, August 21, 2014


Kempen kesedaran bagi penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) telah menjadi viral di internet yang mana peserta perlu membuat Ice Bucket Challenge dan peserta itu perlu mencabar orang lain berbuat perkara sama.

Cabaran ini dilakukan dengan menyiram kepala dengan sebaldi air berisi air sejuk dan mencabar tiga nama untuk melakukan cabaran berkenaan.

Di Malaysia pula, Menteri Belia dan Sukan, KJ dan seterusnya KJ menamakan tiga orang seterusnya iaitu Datuk Seri Nazri, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan juga Nicol David.

“Saya mengambil keputusan melakukannya kerana cabaran ini ada kenangannya kerana pemain bola sepak lagenda negara Allahyarham Mokhtar Dahari juga meninggal dunia akibat penyakit berkaitan saraf,” kata KJ.



Setelah dicabar KJ, giliran Datuk Seri Nazri pula menyambut cabaran itu. Datuk Seri Nazri telah memuatnaik video beliau melakukan cabaran itu. Walau bagaimanapun beliau tidak menamakan sebarang nama untuk meneruskan cabaran itu - SiakapKeli.com


0 comments:

Post a Comment