Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, August 18, 2014

No Comment

MOHANA Mariappen, wakil tunggal negara bagi acara taekwondo berazam untuk layak sekurang-kurangnya ke peringkat suku akhir temasya Sukan Olimpik Remaja (YOG 2014) kali kedua yang berlangsung dari 16 hingga 28 Ogos ini.
   
Beliau bakal beraksi dalam kategori wanita 63 kg ke bawah Rabu ini di Pusat Expo Antarabangsa Nanjing.

"Walaupun menjadi wakil tunggal negara bagi sukan taekwondo, saya tidak rasa gentar kerana telah mempunyai banyak pengalaman beraksi seorang diri.

"Saya akan cuba lakukan yang terbaik untuk layak sekurang-kurangnya ke peringkat suku akhir dan selepas itu boleh fikir pasal pingat," katanya kepada Bernama.

Atlet yang memperoleh tempat keempat pada kejohanan kelayakan YOG 2014 di Kejohanan Taekwondo Remaja Dunia di Taiwan pada Mac lalu berkata, kalau boleh beliau turut mempunyai impian untuk menyumbang pingat namun ianya agak mustahil kerana ramai atlet handalan dunia terutama dari Jordan, Korea Selatan dan juga atlet tuan rumah yang tidak kurang hebatnya.

Pelajar tingkatan lima yang bakal menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berkata penyertaanya ke YOG 2014 tidak menganggu tumpuanya kepada pelajaran kerana beliau masih boleh belajar secara berkumpulan bersama rakan-rakan lain yang turut sama beraksi di Nanjing.

"Di mana sahaja berada, kami akan belajar bersama-sama dan ianya amat menggembirakan," katanya.

Malaysia masih belum meraih sebarang pingat pada hari kedua kejohanan.

Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Negara (MOM) tidak meletakkan sebarang sasaran pingat kepada kontinjen negara yang beraksi di YOG 2014.

Selain acara taekwondo, Malaysia turut menghantar atlet bagi acara akuatik (renang dan terjun), badminton, gimnastik (artistikdan gimrama), golf, memanah, menembak, olahraga, pelayaran dan ekuestrian. - Bernama

0 comments:

Post a Comment