Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 10, 2014

No Comment

SHAH ALAM – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang dicalonkan partinya tuntuk jawatan Menteri Besar Selangor, mengakui tidak mempunyai pengalaman secukupnya untuk mentadbir sebuah kerajaan negeri.

Namun, katanya pertukaran menteri besar perlu dilakukan di Selangor ketika ini bagi menambah baik semua dasar kerajaan negeri di samping mengekalkan dasar lama yang memberi manfaat kepada rakyat.

“Bagi saya, pertukaran menteri besar tidak penting, yang lebih penting adalah amanah yang dipegang kita,” katanya dalam satu ceramah mengenai isu-isu semasa di negeri Selangor di sini, Sabtu malam.

Pada 21 Julai lepas, Majlis Pimpinan Pusat PKR sebulat suara memilih Dr Wan Azizah sebagai calon menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor yang baharu.

Dr Wan Azizah, isteri kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut menepis dakwaan pihak tertentu bahawa pencalonannya itu bersifat nepotisme.

“Ini bukan nepotisme sebab saya pernah dilantik oleh Anwar mengetuai gerakan reformasi semasa suami saya berada di penjara pada 1998,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata Abdul Khalid yang dipecat daripada PKR berkuat kuasa hari ini, boleh disingkir daripada jawatan menteri besar sekiranya 29 Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor sebulat suara membuat akuan berkanun bagi menyatakan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau.

Ini boleh dilakukan di luar DUN Selangor berbanding usul undi tidak percaya yang terpaksa dilakukan dalam DUN, katanya pada sesi ceramah itu.

DUN Selangor mempunyai 56 kerusi. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment