Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 16, 2014

No Comment

KUANTAN – Seorang wanita ditemui mati dengan kesan tembakan di bahagian dada dalam sebuah bilik di rumahnya dekat Taman Sentosa, Raub pada Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Pahang Datuk Zakaria Ahmad berkata wanita berusia 42 tahun itu ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah oleh ibunya pada 5.45 petang sebelum menghubungi polis.

“Pemeriksaan awal polis menemui sepucuk senapang patah serta kelongsong peluru berhampiran mangsa, dan senjata itu merupakan milik bapa mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata polis percaya mangsa terkena tembakan yang dilepaskannya sendiri namun siasatan lanjut masih dijalankan.

Ketika kejadian, mangsa bersendirian kerana ibu bapa serta suaminya tiada di rumah.

Katanya, rumah mangsa juga tidak mempunyai sebarang kesan dipecah masuk dan tiada barang dilapor hilang.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raub untuk bedah siasat. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment