Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 9, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Wanita MCA akan menganjurkan sesi penerangan dan dialog mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) khusus untuk wanita yang terlibat dalam perniagaan.

Ketuanya, Datuk Heng Saie Kie berkata pihaknya bekerjasama dengan Kementerian Kewangan mengadakan sesi penerangan dan dialog itu di kementerian berkenaan di Putrajaya, pada 18 Ogos bagi memastikan lebih banyak penyertaan wanita dalam memahami pelaksanaan GST.

“Berdasarkan pemerhatian kami mendapati kebanyakan peserta seminar dan program berkaitan GST terdiri daripada kaum lelaki dan penyertaan wanita amat kurang,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Wanita MCA di Wisma MCA, di sini hari ini.

Majlis itu dijadual dirasmi Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong yang juga Naib Presiden MCA.

“Kami menggalakkan penyertaan wanita pelbagai kaum khususnya yang berkecimpung dalam bidang perniagaan seperti kecantikan, jahitan, pemprosesan makanan dan penjagaan kanak-kanak.

Katanya sesiapa yang berminat untuk menyertainya boleh menghubungi sekretariat Wanita MCA di talian 03-22033880 atau 03-22033881 sebelum 12 Ogos dan penyertaannya percuma.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, ketika membentangkan Bajet 2014, mengumumkan pelaksanaan GST pada enam peratus untuk menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sebanyak 16 peratus.

GST akan membantu Malaysia mencapai lebihan bajet menjelang 2020 dengan  kerajaan dijangkakan mengutip RM23.1 bilion hasil cukai tahun depan dan RM32 bilion hasil GST pada 2016. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment