Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 15, 2014

No Comment

MACHANG - Seorang warga emas rugi RM3,500 dalam kejadian ragut berhampiran simpang ke jalan alternatif Banggol Judah di Labok, jam 12.15 tengah hari kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Asisten Superintendan Loo Lian Lay berkata, ketika kejadian wanita yang a berusia 65 tahun itu keluar dari rumahnya yang terletak berhampiran dengan jalan utama.

Menurutnya, secara tiba-tiba seorang lelaki menaiki kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih menerpa ke arah mangsa dan terus merentap rantai leher mangsa.

“Suspek kemudian dipercayai melarikan diri menghala ke Kota Bharu. Dalam pada itu gelang tangan mangsa turut diragut,” katanya kepada Sinar Harian.

Lian Lay berkata, kes tersebut masih dalam siasatan dan usaha mengesan suspek giat dijalankan.

0 comments:

Post a Comment