Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 22, 2014

No Comment

TEMERLOH – Seorang penunggang motosikal maut dalam keadaan ngeri di gilis sebuah lori membawa muatan tanah dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori dan motosikal di Kilometer 1, Jalan Karak-Mentakab di sini pagi semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi apabila motosikal ditunggang warga emas dikenali K.Narayanan , 63, dari arah bandar Mentakab terperosok ke bawah lori yang keluar ke jalan besar secara tiba-tiba. Mangsa diseret beberapa meter.

Orang ramai yang berada berhampiran tempat kejadian bertindak di luar kawalan apabila cuba memecahkan cermin lori terbabit sebelum dileraikan beberapa orang awam yang lain.

Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Superintendan Zundin Mahmood mengesahkan kejadian dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurutnya, pemandu lori terbabit ditahan untuk ujian air kencing dan ujian darah dan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan lanjut.- Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment