Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, August 14, 2014

No Comment

LOS ANGELES – Tiger Woods membuat keputusan menarik diri daripada Piala Ryder, semalam dan berkata dia tidak akan kembali ke gelanggang kejohanan sehingga Disember ini.

Langkah itu bertujuan untuk menguatkan kembali bahagian belakangnya yang kerap menjejaskan persembahannya kebelakangan ini.

Juara major 14 kali itu tidak layak ke pusingan akhir Kejuaraan PGA, minggu lalu yang dimenangi Rory McIlroy kerana sakit belakang. Ia berlaku seminggu selepas dia menarik diri daripada Kejohanan Golf Dunia di Akron, Ohio dengan masalah sama.

Dia juga meminta kapten pasukan Amerika Syarikat, Tom Watson tidak menyenaraikannya ke kejohanan dwi tahunan itu menentang juara bertahan, Eropah di Gleneagles, Scotland dari 26 sehingga 28 September ini.

“Saya menghargai Tom bercadang mahu menjadikan saya jadi kapten tapi saya terpaksa menarik diri daripada kejohanan,” kata Woods.

“Doktor minta saya rehat kerana otot saya memerlukan proses pemulihan sebelum boleh kembali beraksi.

“Dia dan jurulatih saya menasihatkan saya tidak berlatih atau terbabit dalam kejohanan ketika ini. Saya amat kecewa tidak dapat bersedia untuk Piala Ryder kali ini.”

Sementara itu, sembilan pemain yang layak dipilih secara automatik selepas persembahan di Kejuaraan PGA, minggu lalu adalah juara Masters, Bubba Watson, Rickie Fowler, Jim Furyk, Jimmy Walker, Phil Mickelson, Matt Kuchar, Jordan Spieth, Patrick Reed dan Zach Johnson. – REUTERS

0 comments:

Post a Comment