Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, August 12, 2014


Dalam orang ramai masih lagi sibuk dengan kempen-kempen memboikot barangan Israel, ada juga segelintir manusia yang tidak faham atau buat-buat tidak faham perkara boikot ini.

Lagi teruk, mereka ini bertindak memuatnaik tindakan songsang mereka ini ke laman sosial. Entah la, mungkin mereka mengharapkan kecaman dari orang ramai supaya dapat jadi popular.

Dalam kes baru, seorang pengguna laman Twitter memuatnaik status di Twitter yang mengatakan wang yang digunakannya untuk membeli McDonald's adalah zakat peluru kepada Israel. Lebih dari itu, dia turut menggunakan hashtag #boikothamas kepada status tersebut.

Mungkin dia ni Yahudi yang entah dari mana boleh sesat di Kedah, duduk satu negara dengan orang Islam.

Kalau tidak setuju dengan tindakan orang ramai memboikot McDonalds sekalipun, tidak perlulah muat naik ideologi kat Twitter dan tak perlulah menggunakan perkataan 'zakat' untuk menunjukkan sokongan terhadap Yahudi kerana perkataan 'zakat' ada dalam lima rukun Islam.

Semoga budak ini diberikan rahmat oleh Tuhan. Kalau nak doa yang tak elok-elok pun tidak elok, jadi doalah yang baik-baik sahaja. - SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment