1,420 orang terbunuh dalam keganasan puak di Iraq sepanjang Ogos
BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 1,420 orang terbunuh sepanjang bulan lalu dalam keganasan puak di bahagian tengah dan utara Iraq.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata sejumlah 1,370 rakyat Iraq pula cedera dan 600,000 orang terpaksa melarikan diri daripada ancaman militan Negara Islam (ISIL), yang menguasai beberapa kawasan sejak Jun lalu.
"Beribu-ribu orang terus disasarkan dan dibunuh oleh ISIL dan kumpulan berkaitan dengannya atas alasan latar belakang etnik dan agama," kata wakil PBB di Iraq, Nickolay Mladenov.
Data PBB juga menunjukkan kira-kira 1,737 orang terbunuh di Iraq pada Julai lalu, kebanyakannya orang awam dan 2,400 Jun lalu.
Pertempuran terus berlaku semalam, mengorbankan 18 orang dan mengakibatkan lebih 50 cedera apabila dua kereta meletup di dua daerah Syiah di Baghdad, kata polis. - Reuters
0 comments:
Post a Comment