Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 16, 2014

3 comments

PERAK: Seorang bayi ditemui telah ditinggalkan di kebun kelapa sawit yang terletak berhampiran Klinik Desa Kampung Sungai Batang.

Lebih menyayatkan hati apabila tali pusat beserta uri masih terlekat kepada bayi tersebut. Kemungkinan bayi tersebut terus ditinggalkan sejurus selepas dia dilahirkan.

Walaupun bayi ini ditinggalkan di kawasan yang pasti akan dilihat orang namun dia tetap terdedah kepada bahaya anjing, khinzir yang berkeliaran ataupun gigitan-gigitan nyamuk memandangkan ia di kawasan ladang.

Bagaimanapun Alhamdulillah syukur yang amat kerana bayi ini ditemui dan selamat.

SK pasti ini adalah punca daripada pergaulan bebas dan sikap tidak bertanggungjawab kedua-dua pihak ibu dan bapa bayi tersebut. Semoga semua pihak dapat mengambil iktibar diatas kejadian ini. ─ SiakapKeli.com







3 comments: