Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 11, 2014

No Comment

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu menugaskan kira-kira 300 pegawai dan anggota untuk membantu menjaga keselamatan sepanjang proses pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor di Tumpat, Kelantan.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata, mereka ditugaskan bermula tempoh berkempen selepas penamaan calon pada 13 September ini sehingga hari pengundian pada 25 September.

Katanya, penugasan anggota dan pegawai itu bagi membantu Polis Kelantan menghadapi sebarang kemungkinan berikutan kawasan DUN itu bakal menjadi tumpuan masyarakat luar untuk berkempen mewakili parti masing-masing yang bertanding.

“Kita berharap dengan kekuatan yang dihantar ini akan dapat membantu menjaga keselamatan sepanjang proses berkempen,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Terengganu di sini hari ini. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment